Friday 5 April 2019

AKTIVITI TEMA MAKANAN PRASEKOLAH

Ok, cikgu nak share kat sini aktiviti sepanjang Minggu 12. Biasanya hari pertama cikgu akan cerita sikit pasal tema mingguan sebagai overview lah apa yang diorang akan belajar pada minggu tu. So hari Ahad tu cikgu takde fokus sangat dengan tajuk just bagitau je lah makanan tu apa. Keperluan untuk makan kenapa lepastu anak-anak cikgu pun main lego sebagai main bebas dia. Cikgu nak bagi latihan pra-tulisan sebenarnya kat diorang and nak tengok imaginasi diorang buat tugasan yang cikgu bagi iaitu rumah saya.

Selalu sangat pergi hotel, buat rumah pun macam hotel siap ada swimming pool.


















❤ 31.3.2019 (Ahad)
❤ Main Bebas
❤ Rumah Saya
❤ Objektif membuat binaan yang kukuh.

Lepas tu hari kedua cikgu ajar pulak tentang piramid makanan. Cikgu tanya lah tentang makanan kegemaran diorang. Lepas tu cikgu buat kesimpulan tentang makanan kegemaran diorang tu sihat ke tak seimbang ke tak dan cikgu perkenalkan piramid makanan guna Carta.

Besar kan carta cikgu husband cikgu yang design. Siapa nak cikgu bagi harga kasih sayang. Hihi. Gurau je.
 Cikgu pun terangkan panjang lebar tentang piramid makanan dan buat aktiviti dengan murid hasilkan piramid makanan.
Dan inilah hasilnya....







❤ 1.4.2019 (Isnin)
❤ Makanan Seimbang
❤ Menghasilkan Piramid makanan.

Kemudian pada hari Selasa cikgu buat aktiviti Kreativiti iaitu menghias kon aiskrim. Sambil tu cikgu ajar lagu 'Ice Cream'. Tunjuk cara pun dah ada dalam video ni.


Yang ni cikgu print dalam pelbagai warna nak bagi meriah sikit aiskrimnya.

Yang ni cikgu print guna kertas putih je lepas tu cikgu suruh anak murid cikgu buat corak macam kon aiskrim tu dan warnakan warna coklat.
Gambar ni cikgu dapat dalam word sebenarnya tapi cikgu tak tau camne nak masukkan doc dalam blosg ni so cikgu printscreen je la dalam ni. Kertas tu kan ada banyak pcs kan jadi cikgu potong cincai-cincai je dulu nak bagi dia terasing lepas tu baru anak murid cikgu gunting ikut garisan dia. Cikgu pun buat jugak topping aiskrim yang acah acah coklat rice bagai tu guna penebuk lubang yang ada bentuk-bentuk tu. Tapi tak laku sangat. :'( So inilah hasilnya.....













❤ 2.4.2019 (Selasa)
❤ Kreativiti
❤ Menghias kon aiskrim

Lepas tu pada hari Rabu sebenarnya cikgu ada jugak ajar tajuk makanan ni tapi cikgu ambil bahan daripada internet je macam Slaid kan pasal 'Makanan Tradisional' dengan 'Keburukan Makanan Ringan'. Korang search je kat Google lepas tu download. Hihi. Lepas tu cikgu ada jugak ajar diorang kenalkan nama makanan dalam bahasa Inggeris guna Kamus. Cari Kamus Bergambar bahagian 'Food Court' ke kalau ada lah. Sebab kelas cikgu memang dah ada kamus pun sorang satu.

Hari Khamis pulak cikgu buat projek Roti Pizza. Cikgu dah detailkan dalam entry sebelum ni.
Projek Roti Pizza Cikgu Husna

Oklah, Bye. Cikgu nak kosongkan gambar-gambar yang dah penuh sangat dalam hp cikgu ni. Hihi.

1 comment: