Friday 5 April 2019

TEMA : MAKANAN (PROJEK)

Tema bagi Minggu ke 12 ialah makanan. So cikgu pun plan dengan ibu bapa sekolah cikgu dan anak murid untuk buat projek Roti Pizza. Menu simple je yang anak-anak prasekolah boleh buat sendiri. Senang sangat. Guna bahan yang cikgu list kat bawah ni je. 



Lepas tu step cikgu ajar yang pertama cikgu akan tayangkan kat diorang video membuat roti pizza ni. Cikgu dapat daripada facebook.


Second step cikgu ulang semula langkah-langkah buat roti pizza tu dan tampal gambar kat depan beserta nombor.

Langkah 1 : Sediakan roti di atas pinggan.

Langkah 2 : Sapukan sos spageti ke atas roti.

Langkah 3 : Susun keju di atas roti.

Langkah 4 : Susun sayur-sayuran.

Langkah 5 : Susun daging kisar/ayam kisar/sosej.

Senangkan step dia? Tampal je gambar ni kat depan papan putih ikut turutan dia lepas tu budak akan tau sendiri nak buat camne. Sambil buat tu boleh cerita lah pasal piramid makanan bla bla bla.. Tapi cikgu dah cerita awal-awal lagi pasal piramid makanan ni sebelum buat projek lah. Sambil-sambil cikgu buat projek cikgu pun buat aktiviti Sukarelawan Dalam Kelas (SDK) sekali. Bak kata orang sambil menyelam minum air kan. Jom enjoy gambar-gambar cikgu ambil masa aktiviti.














FK 6.1.2 Menceritakan kepentingan pemakanan yang sihat

BM 1.4.6 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah berdasarkan bahan rangsangan

Objektif: Di akhir pembelajaran, murid akan dapat: menghasilkan pizza roti dengan langkah yang betul sekurang-kurangnya 20 daripada 25 orang murid.
Aktiviti:
1. Murid menonton video penghasilan pizza roti.
2. Murid menyebut langkah-langkah menghasilkan pizza.
3. Murid menghasilkan pizza dengan bantuan guru dan ibu bapa SDK.
4. Murid bercerita tentang khasiat makanan yang terdapat di dalam pizza roti yang dihasilkan.
Murid membakar roti dan makan roti pizza yang dihasilkan.

RPH cikgu simple je. Sorry tak improve lagi bab menulis RPH ni. Hihi. K Bye.

No comments:

Post a Comment