Monday 8 April 2019

BENGKEL PEMBUGARAN CEFR 2019 (8.4.2019)

Alhamdulillah dapat lagi sekali join bengkel CEFR yang berlangsung di PPD pada hari Isnin (8.4.2019). Cikgu suka pergi bengkel ke kursus ke sebab yang tak faham boleh jadi faham. Tapi masalahnya nak menerangkan kat orang yang payah tu? Huhu...

Bengkel pada kali ini ada 2 slot yang sempat dibentangkan yang pertamanya daripada En. Sharol Fahmie Suaidi. Shortly dia banyak cerita pasal what is CEFR lah. Kenapa kita kena guna pakai CEFR sebab nak samakan kurikulum bagi negara Malaysia sesuai dengan negara lain. Misal kata kita nak masuk universiti luar negara so, kurikulum tu mestilah kena sama kan. Kalau tak sama kita nak kena ambil ujian yang sama pulak dengan negara dia. Camtu lah kot.

CEFR ni dia fokus kat 4 kemahiran atau 4 day.

Day 1 - Speaking

Day 2 - Listening

Day 3 - Reading

Day 4 - Writing

Biasanya dalam prasekolah biasa (bukan flipped classroom) kita akan ada 8 lessons which is untuk satu lesson tu 30 minit. So dua lesson lah untuk satu kemahiran. Banyak lagi korang boleh explore sendiri untuk pemahaman korang tentang CEFR ni. Cikgu just ringkaskan je la kat sini nak bagi ingat kat cikgu je. Hihihi...

So, preschool ni bukan nak bagi susah sangat pun belajar cuma nak bagi diorang capai A1 je. Ataupun kita panggil dia basic user.

Image result for basic user in cefr

Baru fasa 'Breakthrough' jela. Macam korang tanya What the day is today? They can answer. Wednesday. Camtu je la. Tak semestinya kena jawab penuh. Jadi target kita untuk cikgu prasekolah sampai A1 atau menuju ke A1 sahajalah.

Lepastu kita kena menyediakan satu classroom yang communicative. Yang bagi respond, active bukan cikgu je yang cakap budak pun kena participate jugak.

Considering the communicative classroom:
- Meaningful
- Autonomous (Murid tu sukarela nak ke depan)
- Guiding (Cikgu guide je bukan take over)
- Pairs
- Correcting
- Active
- Realistic (kena sesuai lah dengan tahap budak tu)
- Encouraging
- Groups
- Personalised
- Varied

Mixed level Group differ in:
- Language proficiency
- Language aptitude
- Literacy and study skill
- Altitude and motivation
- Self discipline

Key elements for preschool
- Lots of guidance
- Variations of focus and activities to help concentration spans
- Step by step approach
- Continued support from teacher

Communicative classroom
- Active learner
- The classroom can be noisy
- Focus on pairs and group
- Focus on autonomy
- Teacher monitors
- Lots of learner co-operation

Support for weaker learner:
- Pre-teach difficult vocabulary
- If there a gaps, give student the answer in a jumbled order
- Draw attention to the title, picture etc
- Set the scene beforehand
- Break the text into chunks
- Give the option only reading some text

Lepas tu slot dengan Miss Aflaakhun. Cikgu Prasekolah juga yang sangat-sangat komited terhadap kerjanya. Siapa ada link telegram dia tolong share, cikgu takde dalam tu. Hihi...

Miss Afla banyak share pasal EEE model. Macamana nak buat activities. Tak sempat sangat nak salin nota masa ni sebab cepat sangat dan masa pun tak sempat. So cikgu share beberapa notes je la yang ringkas ye.

- Routine dalam CEFR adalah opening time ataupun welcoming student to learn NEW ENGLISH.
- Kena kenalkan murid dengan Timeline Image. (Ada 11 timeline image) Tak tau rujuk Teacher's Kit.
- No Flash card for lesson 1,2,3.
- Flash card BI tak boleh campur dengan Flash card BM walaupun takde perkataan.
- Di dalam ELC (English Learning Centre) cuma boleh letak flash card yang dah dipelajari sahaja.
- Masa Routine boleh masuk dengan Transition Song (Boleh check out kat Google).
- Circle Time adalah class time ataupun kalau kat Malaysia kita panggil Pdpc.
- Lexical item adalah vocabulary yang kita nak kena ajar pada murid tersebut. (Rujuk Teacher's Kit Page 13)
- Table Activity boleh buat masa Lesson 4. So masa lesson 4 dan 8 sahaja yang ada worksheet. Pentaksiran pun boleh buat masa lesson 4 & 8.

Activity EEE Model
Teacher's Kit

Dan ini adalah beberapa gambar yang cikgu ambil masa bengkel dan perkongsian dengan rakan sebelah cikgu Farahin.


























Miss Aflakhun ni pun ada jual Kit untuk CEFR. Korang boleh beli tapi cikgu takde nombor telefon dia. Sekarang tengah promosi sehingga 15 April 2019 dengan harga RM799 Free Postage. Harga biasa RM1000 + Postage RM200. 

Friday 5 April 2019

AKTIVITI TEMA MAKANAN PRASEKOLAH

Ok, cikgu nak share kat sini aktiviti sepanjang Minggu 12. Biasanya hari pertama cikgu akan cerita sikit pasal tema mingguan sebagai overview lah apa yang diorang akan belajar pada minggu tu. So hari Ahad tu cikgu takde fokus sangat dengan tajuk just bagitau je lah makanan tu apa. Keperluan untuk makan kenapa lepastu anak-anak cikgu pun main lego sebagai main bebas dia. Cikgu nak bagi latihan pra-tulisan sebenarnya kat diorang and nak tengok imaginasi diorang buat tugasan yang cikgu bagi iaitu rumah saya.

Selalu sangat pergi hotel, buat rumah pun macam hotel siap ada swimming pool.


















❤ 31.3.2019 (Ahad)
❤ Main Bebas
❤ Rumah Saya
❤ Objektif membuat binaan yang kukuh.

Lepas tu hari kedua cikgu ajar pulak tentang piramid makanan. Cikgu tanya lah tentang makanan kegemaran diorang. Lepas tu cikgu buat kesimpulan tentang makanan kegemaran diorang tu sihat ke tak seimbang ke tak dan cikgu perkenalkan piramid makanan guna Carta.

Besar kan carta cikgu husband cikgu yang design. Siapa nak cikgu bagi harga kasih sayang. Hihi. Gurau je.
 Cikgu pun terangkan panjang lebar tentang piramid makanan dan buat aktiviti dengan murid hasilkan piramid makanan.
Dan inilah hasilnya....







❤ 1.4.2019 (Isnin)
❤ Makanan Seimbang
❤ Menghasilkan Piramid makanan.

Kemudian pada hari Selasa cikgu buat aktiviti Kreativiti iaitu menghias kon aiskrim. Sambil tu cikgu ajar lagu 'Ice Cream'. Tunjuk cara pun dah ada dalam video ni.


Yang ni cikgu print dalam pelbagai warna nak bagi meriah sikit aiskrimnya.

Yang ni cikgu print guna kertas putih je lepas tu cikgu suruh anak murid cikgu buat corak macam kon aiskrim tu dan warnakan warna coklat.
Gambar ni cikgu dapat dalam word sebenarnya tapi cikgu tak tau camne nak masukkan doc dalam blosg ni so cikgu printscreen je la dalam ni. Kertas tu kan ada banyak pcs kan jadi cikgu potong cincai-cincai je dulu nak bagi dia terasing lepas tu baru anak murid cikgu gunting ikut garisan dia. Cikgu pun buat jugak topping aiskrim yang acah acah coklat rice bagai tu guna penebuk lubang yang ada bentuk-bentuk tu. Tapi tak laku sangat. :'( So inilah hasilnya.....













❤ 2.4.2019 (Selasa)
❤ Kreativiti
❤ Menghias kon aiskrim

Lepas tu pada hari Rabu sebenarnya cikgu ada jugak ajar tajuk makanan ni tapi cikgu ambil bahan daripada internet je macam Slaid kan pasal 'Makanan Tradisional' dengan 'Keburukan Makanan Ringan'. Korang search je kat Google lepas tu download. Hihi. Lepas tu cikgu ada jugak ajar diorang kenalkan nama makanan dalam bahasa Inggeris guna Kamus. Cari Kamus Bergambar bahagian 'Food Court' ke kalau ada lah. Sebab kelas cikgu memang dah ada kamus pun sorang satu.

Hari Khamis pulak cikgu buat projek Roti Pizza. Cikgu dah detailkan dalam entry sebelum ni.
Projek Roti Pizza Cikgu Husna

Oklah, Bye. Cikgu nak kosongkan gambar-gambar yang dah penuh sangat dalam hp cikgu ni. Hihi.